UEFA telah menayangkan banner:
‘Stop killing children’
‘Stop killing civilian’
Sejurus sebelum perlawanan UEFA Super Cup sebentar tadi antara PSG menentang Tottenham Hotspur.
Mohamed Salah telah menghentam UEFA sebelum ini kerana mengucapkan takziah kepada pemain bola sepak Palestin, Suleiman Obeid tanpa menyebut punca kematiannya yang ditembak oleh pengganas Isr££ semasa menanti bantuan di Rafah. https://www.facebook.com/share/p/15rxiNZzkW/?mibextid=wwXIfr
Sebagai respon, UEFA pun tayangkan banner di atas dalam perlawanan hari ini.
Selain itu, 2 orang kanak-kanak dari Gaza akan terlibat dalam upacara penyampaian medal sebentar nanti.
Sudah tentu ini satu kejayaan besar dalam perjuangan rakyat Ghaz (sic) dalam menuntut keadilan dan pembelaan dalam perjuangan mereka!
UEFA sebelum ini sangat tegas dalam sebarang mesej berbentuk politikal dalam pertandingan anjuran mereka, termasuk mengambil tindakan tegas mendenda pemain dan pasukan terlibat. Namun kini mereka ada akal dan hati sedikit untuk sedar bahawa ini adalah isu kemanusiaan dan bukan lagi isu politik!
UEFA dan FIFA terus-terusan ditekan oleh masyarakat antarabangsa kerana sikap pilih kasih menendang keluar Russia daripada kejohanan mereka kerana menyerang Ukraine, sedangkan satu lagi negara tu dibiarkan sahaja melakukan genosid tanpa sebarang kecaman.
Suleiman digelar Pelé of Palestine dan menguasai arena bola sepak di Ghz. Beliau telah mewakili Palestine sebabyak 21 kali.
Namun kenyataan lebih pedih, beliau ada seorang ketua keluarga dengan 5 orang anak, menanti bantuan untuk keluarganya namun ditembak tanpa sebarang sebab.
Eric Cantona turut menyuarakan hal ini di instagram beliau dengan rangkap akhir “HOW MUCH LONGER ARE WE GOING TO LET THEM COMIT (sic) GENOCIDE?? FREE PAL~~TINE 🇵🇸”