Saat buka barisan kesebelasan utama menentang Aston Villa, hanya 2 muka baru musim ini iaitu Mamardashvili dan Ekitike. Kedua-duanya wajib turun sebab Kelleher dan Nunez dah tak ada.
Saat itu juga kita tahu Slot mahu Liverpool bermain semula dengan cara juara musim lalu. Mungkin ada tweak sana sini sikit tetapi DNA nya hampir sama.
Wirtz diberi ruang untuk mengubah rentak permainan dari bangku simpanan jika perlu. Dia pemain yang bagus tetapi sistem baru ini memerlukan masa.
Kerkez perlu teliti bagaimana formula Andy Robertson memecah masuk dari bangku simpanan selepas dibeli dahulu. Andy berjaya menyingkirkan Alberto Moreno. Kalau Kerkez main macam Moreno, dia akan disingkirkan sama.
Unai Emery sering mejadi duri dalam daging apabila menentang Jurgen Klopp, namun Arne Slot sentiasa ada jawapan.
The ever reliable Emi Martinez telah buat kesilapan yang menghukum pasukannya. Mohamed Salah jaring gol ke 250, hanya pemain ketiga selepas Ian Rush dan Roger Hunt melakukannya.
Gravenberch perlahan-lahan mengukur nama sebagai lagenda. Dia menambahkan gol dalam penampilan musim ini. Ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir. Real Madrid jangan rapat na.
Para penyokong menyorak nama Arne Slot sebagai approval kepada kepimpinannya. Zidane dah boleh batalkan kelas bahasa inggerisnya. Ataupun boleh teruskan kelas tapi rehat-rehatlah sampai habis musim kot kot ada jurulatih kelab elit England kena pecat.
Gerrard hadir sebagai pengulas. Rupa-rupanya ini kali pertama Slot dan Gerrard bersua muka. Agak aneh di situ.
Mohamed Salah mendapat ucapan tahniah daripada Gerrard. Such a beautiful sight. Tapi pengganti Gerrard kan sebenarnya Szoboszlai?.. pemain terbaik perlawanan.
Let’s bring on Real Madrid to Anfield!
#AnfieldMy
#BeritaDariAnfield
andy Robertson adalah pemain wing kiri terbaik liverpool kerkez petlu belajar lebih masa lagi