Liverpool 1 Real Madrid 0

Semasa Tragedi Oktober, seluruh alam mebuat kesimpulan awal yang Liverpool bakal dibelasah oleh Real Madrid di laman sendiri. Namun Liverpool mempamerkan aksi juara. Persembahan yang memukau, yang memadam segenap slogan #SlotOut atau Wirtz Ben 10. 17 percubaan berbalas 8, ini merupakan aksi segenap padang, setaraf perlawanan elit yang diimpikan pecinta bola sepak Eropah. 9 percubaan on target berbalas 2, jelas sekali Liverpool mendominasi. Thibaut Courtois ibarat sotong kurita bertangan lapan, menepis percubaan demi percubaan. Igauan Final Paris 2022 menjelma di mata peminat. Namun terbukti lapan tangan hnya mampu menepis 8 percubaan, jadi Liverpool buat 9 percubaan tepat. 8 tangan tidak memadai untuk menyelamatkan tandukan pemain terendah dalam pasukan, Alexis Mac Allister. Dua tahun berturut-turut menang di Anfield, UEFA ada satu undang-undang yang kurang didengari sebelum ini, iaitu musim depan tak boleh lagi Real main di Anfield peringkat kumpulan. Namun tidak ada undang-undang yang boleh menghalang Xabi Alonso daripada tewas buat kali ketiga berturut-turut di Anfield – just in case musim depan dia pindah pasukan lain. Walaubagaimanapun kita tidak akan dapat melihat Conor Bradley mengunci serangan Madrid di Anfield dengan undang-undang tersebut. Conor Bradley sekali lagi pamer persembahan bertenaga dan berdisiplin, mengunci mati serangan Madrid. Dengan persembahan seumpama ini lawan Real, kelab-kelab Sepanyol mungkin termimpi nak pemain macam dia. Akhirnya, Cody Gakpo di bangku simpanan .. dan kita dapat lihat yang Wirtz main di posisi Gakpo benar-benar menambah fluidity di bahagian serangan. Bezanya Gakpo menjaring gol tapi menyekat serangan, manakala Wirtz menambah serangan tanpa gol/assist. Mungkin akan ada gol kalau Salah lebih rajin berkongsi. Melihat Szoboszlai, peminat Liverpool patut bersyukur dia tidak ada masalah cinggey lagi. Dia kelihatan seperti bakal kapten pasukan dengan persembahan konsisten sepanjang musim. Robbo sekali lagi menghadkan Kerkez di bangku simpanan. Biolehlah dikatakan Kerkez akan hadapi saat sukar untuk mengatasi Robbo pada saat ini. Tersenarai sebagai pertahanan World XI buat kali kelima sejak 2019, Liverpool membuktikan bahawa sambungan kontrak Virgil van Dijk sangat sangat sangat berbaloi dengan persembahan seperti malam tadi. Bagi Trent, anda memang tak perlu nak celebrate apa-apa. Gol ke bolos ke, tak perlu celebrate apa-apa. Peminat sedang bantu cat semula mural anda dengan warna jersi Real Madrid, dengan mencampak cat putih! Bagi yang seronok sangat dengan kemerosotan Liverpool, anggaplah Liverpool hanya bercuti sebulan sepanjang Oktober untuk beri pasukan lain catch up. Lepas ni, cogankata kami adalah Catch Me if You Can! #AnfieldMy #beritadarianfield





  • Aku Ayien 5 November 2025 at 10:02 am

    alhamdulillah pemainan yg sgt baik dari lfc..
    gegenpressing is coming back!
    ini yg hilang pada bulan oktober hari tu..
    nampak nya slot dah terima kanyataan yg pemain2 baru perlukan masa untuk di serap dlm pemainan lfc..
    slot perlu introduce slow2 pemain baru dlm sistem liverpool..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.