Anfield.my

Catatan Steward Sambilan

Liverpool 2 – 0 Brighton & Hove Albion.

Ribut badai melanda bandar Liverpool, namun mangsa terbesarnya adalah pasukan Brighton yang tak dapat menahan badai serangan Liverpool FC di Anfield.

Awal permainan, angin kuat jelas kelihatan di Anfield, corner flag hampir berterbangan ditiup angin, namun pemain-pemain Liverpool tetap teguh mengasak pasukan Brighton yang kelemasan.

Pasukan Brighton sudah tidak bolos sebanyak 5 perlawanan, sehinggalah apabila mereka menentang Liverpool.

Wirtz, Isak, dan Barcola, tiga pemain dengan nilai yuran perpindahan melebihi £100 juta, terlibat dalam kedua-dua gol yang dijaringkan dalam separuh masa pertama.

Namun pemain yang tidak dibeli, hanya dipinjam, telah muncul sebagai pemain terbaik perlawnan.

Ronald Araújo, tidak berhenti-henti melakukan tackle, block, dan clearance. At this rate, dia akan jadi pemain terbaik Liverpool musim ini.

Sejak tewas 0-3 kepada Man City, kini Liverpool telah menang 4 perlawanan berturut-turut.

Fakta aneh tapi benar – ini merupakan kemenangan Liga Perdana Inggeris pertama buat Andoni Iraola di Anfield.

Apa yang pasti, ia akan jadi kemenangan pertama bagi kemenangan-kemenangan seterusnya.

#AnfieldMy
#BeritaDariAnfield

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.