Musim 2019-20 Liverpool muncul juara liga buat kali pertama sejak 30 tahun. Jurgen Klopp menjadi lagenda.
Penaja jersi pun bertukar daripada New Balance kepada Nike atas daya tarikan komersil yang tinggi.
Musim berikutnya – Liverpool kalah 9 perlawanan liga.
Dalam bulan Februari, Klopp tewas 4 perlawanan berturut-turut.
Antara Januari sehingga Mac, Liverpool tewas 6 perlawanan di Anfield berturut-turut – rekod terburuk pasukan sejak 1952.
Dan trend ini nampaknya msih berterusan di bawah Arne Slot.
Muncul juara liga pada musim 2024/25 dengan tewas hanya 4 kali sepanjang musim, kini Arne Slot telah menyamai rekod Klopp dengan tewas 4 kali berturut-turut.
Penaja jersi pun baru bertukar daripada Nike kepada Adidas.
Dan ramai peminat yang sudah mula lupa untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan.
Arne Slot mendapat kecaman hebat – seolah-olah dia lebih teruk daripada Klopp.
Dia hanya menang dengan skuad yang diwarisi daripada Klopp.
Dia tak pandai urus pasukan, hanya pandai guna pasukan orang lain.
Membuat perbandingan semasa berjaya adalah sesuatu yang mudah.
Memberikan sokongan di saat sukar adalah perkara yang paling susah.
Kepada peminat Liverpool, min cuma boleh kongsikan satu nasihat.
Keadaan teruk ni sepatutnya berlaku musim lepas.
Tapi takdir telah berikan kejuaraan lebih awal.
Jika musim lepas anda diberikan amaran awal – anda akan juara, dapat the best transfer window ever, tapi lepas tu bungkus. Anda akan terima tak? Atau anda mahukan takdir yang berbeza?
Mungkin jika diberi perspektif keseluruhan, kita akan lebih rasional.
Yang sebenarnya buat kita sakit hati hanyalah sebab pasukan satu lagi tu menang. Peminat dia seronok mengutuk kita.
Bab tu jangan risau. Keadaan akan kembali ke asal. Lagipun kita pun dah puas megejek dia bertahun-tahun sampai dah tak larat nak ejek 😂
Keep calm and carry on!
We go again!
You’ll Never Walk Alone!
#AnfieldMy
#BeritaDariAnfield
Defender barai teruk
Tak perlu dan tak kesah pon min hal kelab satu lagi. Lantak pi diorg.Kita marah dan kecewa, tanda sayang dengan team kt sendiri. Setakat ini nampak obvious Slot gagal dalam membentuk pasukan terbaik, tactical dan formation yang caca merba. Masalah defensive yang kian meruncing juga gagal dibaiki sebaiknya. Aura Sang Juara terus jauh dicampak ke Jurang Mariana. Kita sebagai pasukan nampak terlalu lemah, lembik tiada semangat…itulah yang paling merisaukan, dan bukannya risau kena troll etc..
Nak cakap psl troll smua pun dah muka tebal dan hati kering lalui zaman kegelapan uncle Woy.
WE GO AGAIN 👊🏻 🔴
Kejatuhan brmula sejak kalah Final Carabao Cup musim lepas
#ynwa simple
YNWA
Seasom 20-21, start kalah lepas semua defend injured,fabinho n henderson main cb,midfield xde control,boleh terima la kalau kalah.ni dah blanja 400-500m dlm satu transfer window,mcm susah nak cari alasan logik….
Nampak lebih kepada player burn out selepas bermusim2 dikerah sblm ni. Kehilangan trent/jota & diaz juga beri kesan pd sistem liv. Kemerosotan sementara je ni.
X Sama Zaman kloop dgn Dana terhad utk beli palyer, tp Zaman slot ni Dana besar dh diperuntukan.
Kena tggu final season adidas sponsor baru menang liga pulak
ingat beli pemain mahal lagi kuat..indah rupa saja… pelaburan yg merugikan…pemain yg bagus jual… tunggu dan lihat..apa akan terjadi