Peminat Harus Maafkan Ibou – atau Meminta Maaf kepadanya.

Mungkin selama ini prestasi terumbang-ambing Ibrahima Konaté adalah kerana risaukan ayahnya yang sakit di kampung halaman.

Kadangkala kita lupa, pemain bola sepak adalah manusia biasa.

Ada masa mereka gembira, ada masa mereka juga dirundung masalah.
Masalah yang menjejaskan permainan mereka di atas padang.

Tidak sedikit herdikan yang dihamburkan buat Konaté – kerana prestasi tidak menentu, serta khabar angin bakal ke Real Madrid selepas tamat kontrak.

Namun, untuk mempamerkan persembahan yang sangat baik dalam perlawanan pagi tadi, di samping menjaringkan gol, hanya seminggu selepas pemergian ayah tercinta..

Bukan mudah seorang lelaki menitiskan air mata, apatah lagi di hadapan ribuan penonton, dan jutaan lagi secara langsung, serta rakaman yang tersebar di media sosial.

Ibrahima Konaté wajar dihormati.

Kita harus memaafkannya.
Dan meminta maaf kepadanya.

You’ll Never Walk Alone.

#anfieldmy
#beritadarianfield

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.