Liverpool Bakal Tandatangan Jérémy Jacquet.

Fabrizio Romano melaporkan Liverpool telah memenangi persaingan bagi menandatangani bakat pertahanan tengah antara terbaik di Eropah, Jérémy Jacquet dari kelab Perancis, Stade Rennais FC.

Perpindahan yang memakan modal £60 juta ini walaubagaimanapun akan bermula pada Jun nanti, dan Liverpool masih lagi akan terus mengalami krisis kecederaan di bahagian pertahanan.

Jacquet tersenarai dalam Best XI kejohanan Euro B-19 pada tahun 2024, naib juara selepas tewas kepada Spain dalam perlawanan akhir.

Jacquet bakal menyertai Van Dijk dan Leoni dalam merebuti kesebelasan utama, kerana Konate masih belum mengesahkan status kontraknya bersama Liverpool yang bakal tamat Jun ini.

#anfieldmy #beritadarianfield

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.