EMPAT Kad Merah dilayangkan di Merseyside Derby Terakhir Goodison Park.

Michael Oliver melayangkan EMPAT kad merah SELEPAS wisel penamat dalam perlawanan Derby Merseyside terakhir di Goodison Park pagi ini. Everton menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-98, menyebabkan penyokong Everton meraikan gol tersebut dengan masuk ke padang. Memalukan je celebrate gol penyamaan macam menang piala 😅😂. Di akhir perlawanan, Doucoure membuat provokasi terhadap penyokong away Liverpool. Ini membuatkan Curtis Jones the Red Scouser berasa berang dan menyentap baju Doucoure. Curtis dan Doucoure kedua-duanya dilayangkan kad merah. Kemudian Arne Slot pula mengatakan sesuatu kepada Oliver, kelihatan dalam TV dia mencapai kad di poket belakang seluar, tapi cameraman dan producer lembab dan tak fokus menyebabkan kita tak nampak apa yang terjadi. Laporan Daily Mail menyatakan bahawa Slot dan pembantunya Sipke Hulshoff dilayangkan kad merah. Sebenarnya admin berharap John Heitinga, penolong pengurus Slot yang merupakan bekas pemain Everton yang masuk bergaduh dengan ref dan kena kad merah 🤣 Itulah cara terbaik nak ambik hati penyokong Liverpool. Perlawanan tadi memang sengit dan tidak hairan berkesudahan seri. Cuma sebab bolos minit ke-98 dia punya sakit hati tu memang tebal lebih sikit lah huhu. #BeritaDariAnfield #AnfieldMy



  • Said Musa 13 February 2025 at 6:49 am

    Terbaik jones. Sepatut arnold pun kena buat apa yg dia buat💪💪💪

  • Nizam Samuri 13 February 2025 at 6:56 am

    Reff hawau tu jer nk ckp…

  • Izaaz Muqriz 13 February 2025 at 7:16 am

    fotmob update. tapi dekat apps official PL tkde lak 🤦🏻‍♂️

  • Nasruddin Khamis 13 February 2025 at 7:54 am

    Tambahan masa patut 5 minit je, Evertoon score min 98. Tu yg slot tanya mr. Reff, jam ko rosak ke? Tu pon reff koyak.

  • Kenny Kenol 13 February 2025 at 7:57 am

    Mmg nampak jg oliver nak ambil kat dan bg kad dkt slot tue

  • Amirul Anas 13 February 2025 at 8:04 am

    Fans Everton meraikan sebab ni derby game last kat goodison park sebelum berpindah ke stadium baru…. So mmg Everton main 100% la

  • Abdulzaminazmeer Mzaman 13 February 2025 at 8:06 am

    Fakta: Liverpool boleh menang…tapi tak sempat cantas bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.