Ibou Konaté ditolak Namun Gol Tetap Diberikan.

Memang satu perlawanan yang mengerikan buat Michael Oliver.

Gol pertama Everton – sepakan percuma yang tak sepatutnya sepakan percuma.

Gol kedua Everton – Konaté ditolak depan mata dia (lihat gambar) tapi tetap membenarkan gol tersebut. Itu tidak termasuk garisan onside yang boleh dipertikaikan sebagai tidak tepat kerana sudut yang diambil tidak reliable.

Ini menyebabkan Slot mengamuk dengan penjaga garisan selepas perlawanan kerana tolakan terhadap Konaté tidak dihukum. Malah Slot diberikan kad merah pula oleh Michael Oliver kerana reaksi bengang beliau.

Ref atas padang dan ref VAR sangat tidak perform malam tersebut.

#BeritaDariAnfield #AnfieldMy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.