Kedua-dua kelab Liverpool FC dan Real Madrid CF telah mengumumkan bahawa Trent Alexander-Arnold akan menyertai Real Madrid sejurus jendela perpindahan dibuka pada 1 Jun, sebelum tamat kontrak beliau, difahamkan pada 31 Julai.
Real Madrid dilaporkan membayar senilai £10 juta bagi menebus kontrak berbaki 2 bulan tersebut. Trent akan menandatangani kontrak 6 tahun dengan Real dan akan terus diserapkan ke dalam skuad FIFA Piala Dunia Kelab.
Tentu ada penilaian tertentu daripada Real sehingga sanggup membayar nilai sedemikian sedangkan Trent boleh ditandatangani secara percuma dalam beberapa minggu lagi.
Admin tak menolak kemungkinan Trent sendiri yang meminta untuk bertolak ke Madrid lebih awal agar beliau dapat terus menyesuaikan diri dengan pasukan baru.
Terima kasih atas segala jasa anda.
You’ll Never Walk Alone.
But Liverpool will win against Real Madrid again next season! We will make sure of that.
#BeritaDariAnfield #AnfieldMy