Liverpool FC bertindak pantas menggantikan bek kanan, Trent Alexander-Arnold dengan menandatangani Jeremie Frimpong dari Bayer Leverkusen.
Frimpong dibeli dengan harga €35 juta bersamaan £29.5 juta.
Frimpong menyatakan bahawa perpindahan ini ‘straight forward’ dan menyatakan kepada ejennya agar pastikan ia berlaku.
Frimpong telah lama meminati Liverpool namun menyertai Akademi Manchester City kerana jarak yang lebih hampir dengan keluarganya.
Beliau merupakan pemain penting apabila Bayer Leverkusen mencatat kejuaraan tanpa kalah Bundesliga di bawah bimbingan Xabi Alonso pada musim 2023/24.
Nombor jersi beliau akan diumumkan kemudian.
#BeritaDariAnfield
#AnfieldMy