Slot Naikkan Difficulty Level Semasa Perlawanan – daripada Easy kepada Very Hard
Liverpool mendahului selesa 2-0, pemain-pemain semua perform, apa manager nak buat?
Keluarkan Frimpong dan Kerkez yang bertungkus lumus kekang kemaraan pemain sayap lawan, Evanilson dan Semenyo. Masukkan Endo dan Robbo.
2-2.
Baki tinggal 15 minit.
Itulah kerja gila Arne Slot yang bakal dinobatkan pengurus terbaik di hujung tahun, selepas kena maki berjemaah selama 15 minit oleh fan sendiri 😂.
Perlawanan ini penuh emosional. Dimulakan dengan tafakur seminit bagi memperingati Diogo Jota dan adiknya Andre Silva yang maut kemalangan 5 minggu lepas.
Kau ingat senang ke pemain ni nak perform sedangkan rakan sepasukan tiba-tiba pergi beberapa hari sebelum latihan pramusim bermula? Menangis Mohamed Salah di hujung perlawanan terkenangkan rakan jaring gol yang selalu ada dalam siri selfie musim lalu.
But football is back! Itu aje yang peminat seluruh dunia harapkan.
Dan memang betul-betul is back. Baru 13 minit, pengadil dan VAR dah buat gila tak hukum Marcos Senesi yang tolak bola dengan tangan apabila dia sedar Ekitike akan lari jauh dan one on one dengan goalkeeper kalau dia tak tolak bola tu. Kalau macam ni gaya, nampaknya setahun lagi lah kita akan hadap incompetency para pengadil EPL.
Ekitike menunjukkan bahawa dia memang sesuai dengan corak permainan Liverpool dan EPL. Satu gol tenang (maaf tak boleh bayang Darwin Nunez score macam tu) serta satu assist kepada Gakpo.
Semenyo yang sentiasa menjadi duri dalam daging, akhirnya naik satu level lepas Kerkez keluar. Apatah lagi dia dilemparkan dengan kata kesat rasis daripada penonton OKU Liverpool berkerusi roda. Maaf tuan rasis anda tiada tempat dalam bola sepak.
Nampak macam nak seri, ada kemungkinan kalah, Slot masukkan Federico Chiesa.
Chiesa ni, kalau dia tak main pun fan Liverpool akan sorak lagu dia. Apatah lagi kalau dia main.
Minit 88 – boom! – satu volley cantik yang menyebabkan seluruh Anfield meletup dengan sorakan. Yes Liverpool menang lagi.
Semua orang kata ok cukup lah tu dah menang.
Tiba-tiba Salah memecut pantas mengejar bola – menyumbat gol keempat.
Peh. Penuh drama. Baru first match gais.
LFC 4-2 BOU
Bukan Liverpool laa, kalo x buat jantung fans dia mcm nak meletoppp.. 😁
Memang lengan baju Chiesa 3 suku ke min?