Skrip sama macam minggu lepas. Leading 2-0. Pastu bolos 2-2. Fan kecewa dah start maki maki, gol kemenangan pun tiba.
Minggu lepas, Chiesa jaring gol kemenangan minit ke-88. Minggu ni, minit ke-88 Liverpool bolos 2-2. Kita boleh la maafkan jika ada fan yang dah putih mata dan menerima takdir bahawa perlawanan kali ini berakhir seri.
Namun takdir yang tertulis lain daripada takdir yang kau fikir. Sehinggalah Rio Ngumoha menjaringkan gol pada minit ke10 masa tambahan.
Pemain yang lagi 4 hari nak sambut hari jadi ke-17, pecahkan rekod Ben Woodburn dengan pecahan rekod 49 hari lagi muda.
Perlawanan memang hangat memandangkan drama dan saga perpindahan Isak yang ambil tindakan nekad bergaduh dengan pengurusan Newcastle sebab nak pindah ke Liverpool.
Walaupun bermula garang, Newcastle bolos terlebih dahulu kerana rembatan jarak jauh Gravenberch yang tepat mencari sudut gawang gol.
Anthony Gordon, seorang lagi peminat Liverpool sejak kecil, buat hal pula sebab tackle ganas sehingga dilayangkan kad merah selepas semakan VAR.
Awal separuh msa kedua, Ekitike menyudahkan percubaan dan umpanan Gakpo.
Job done?.. tidak bagi LFC. Too easy. So dia naikkan level difficulty (adoi).
Bruno Guimaraes menanduk masuk gerakan berbahaya yang bermula daripada lontaran ke dalam. Ada lifeline.
Sehinggalah minit ke-88 akhirnya William Osula menjaringkan bola hasil sepakan percuma penjaga gol yang bouncing-bouncing dalam kotak bahaya Liverpool. Lemah betul pertahanan.
Saat perlawanan menuju ke keputusan seri, pemain terbaik perlawanan Szoboszlai melakukan dummy tercantik dalam dunia peminat Liverpool meloloskan Ngumoha berseorangan dan jaringkan gol kemenangan.
#Anfield.My
#BeritaDariAnfield
Camana Dom boleh alert yg keberadaan Rio ada tepat di situ..?
Tgok pun mcm x pecaya.. 😁