Tahun ini merupakan Ramadan paling mudah dalam karier Mo Salah sepanjang beliau bermain di Liverpool.
Pertamanya, kerana Liverpool hanya bermain sebanyak 4 kali dalam bulan ini.
Daripada 4 perlawanan tersebut, hanya dua kali bermain pada waktu siang, iaitu perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton dan Perlawanan Akhir Piala Liga Inggeris menentang Newcastle di Wembley.
Perlawanan Southampton itu pula di Anfield, bermakna beliau tidak perlu melakukan perjalanan sejauh 400km ke gelanggang lawan. Santai-santai aje di rumah dan di hotel pasukan.
Dua lagi perlawanan sebelah malam adalah menentang PSG dalam pusingan 16 pasukan, kedua-duanya home dan away berlangsung lebih 2 jam selepas waktu berbuka di Liverpool dan Paris.
Namun beliau mungkin perlu bermain 1 perlawanan kelayakan Piala Dunia mewakili Mesir selepas itu, bergantung sekiranya khidmat beliau diperlukan.
#BeritaDariAnfield #AnfieldMy