Liverpool Menang Lagi Walaupun Permainan Tak Cantik – Winning Without the Ball.

Bila pemain terbaik pasukan merupakan penjaga gol, bolehlah dirumuskan yang malam tadi bukan malam terbaik pasukan. Sebab kalau pasukan bermain baik, penjaga gol boleh lepak je sambil buat Tiktok live. Hanya satu gol dengan satu cubaan on target, kalau kena kat kita pun kita bengang. Tapi kali ni terjadi kat pasukan lawan. Hanya 2 percubaan ke arah gol, Liverpool tak deserve untuk menang tapi penangan Liverpool cara Slot ni lain macam. Hukum alam fizik tak terpakai kepadanya. PSG jaring 21 gol dalam 4 perlawanan terakhir, tapi bila berdepan dengan Alisson yang dibentengi Van Dijk, mereka ibarat cuba login akaun bank tapi lupa password. Bila nak reset password ke akaun emel lupa password emel pulak. Memang frust tu. Ramai fans dan pundits menduga yang Alisson bakal dijual bagi memberikan ruang kepada Mamardashvili, tapi kalau perform macam ni silap-silap Mamardashvili bakal jadi Kelleher 2.0 Menang nasib pun nasib lah, yang penting menang. Walaupun statistik cantik seribu tahun tapi kalau tak ada gol tiada gunanya. Lets’s go! We go again. #BeritadariAnfield #AnfieldMy





  • Edisyahriz Zahari 6 March 2025 at 8:08 am

    Fuhhh Admin guna ayat Liverpool tak deserve untuk menang. Setuju dgn admin.

    Liverpool cuba defensive tapi tak solid seperti lwn City.

    Transisi Liverpool pun teruk.
    Counter attack tak smooth.

    Dan banyak peluang PSG tadi.

    Cuma Liverpool kembali alive lpas Nunez dan Harvey masuk.

    Mungkin Liverpool nak jaga 4 player yg boleh kena kad kuning. Macca Robbo Konate ada yellow dan kalu kena lg satu boleh gantung satu game.

  • ShahRizal Anuwar 6 March 2025 at 8:21 am

    Jahat

  • Shahrom Mohamad 6 March 2025 at 9:57 am

    padu boss💪🏽💪🏽

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.