Perlawanan Persahabatan Tanda Liverpool Bakal Hadapi Musim yang Sukar.

Liverpool mungkin menang mudah terhadap Preston North End, namun ia adalah hari yang sukar, dan mungkin bakal menjadi petanda musim yang sukar. Ini adalah perlawanan pertama selepas kematian Diogo Jota, hanya 10 hari selepas pemergiannya. Di Bill Shankly Kop Stand – ya beliau merupakan lagenda Preston dan tempat duduk away dinamakan sempena namanya – peminat Liverpool berulang kali menyanyikan lagu Oh! Diogo – meraikan pemergiannya sebagai juara. Sudah tentu, emosi sangat berat bagi para pemain Liverpool. Trauma kehilangan teman sepasukan mungkin memakan masa yang panjang, apatah lagi nama Diogo bakal terus-terusan dilaungkan. Baru semalam seluruh skuad Liverpool memberi penghormatan di memorial di Anfield bersama keluarga Diogo. Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur mengenang sahabat yang pergi tak kembali. Preston turut menyediakan majalah program perlawanan sebagai tribut buat Diogo Jota. Minit ke-20, peminat menyanyikan lagu Oh! Diogo selama 9 minit, sehingga minit ke-28 tanda habis umurnya pada usia 28 tahun. Ini akan menjadi tema sepanjang musim dan mungkin akan menyentuh emosi sesetengah pemain sehingga hilang tumpuan semasa permainan. Para pemain pula mungkin sedikit sebanyak akan ada terpaksa memberi tribut kepada mendiang setiap kali selepas jaringkan gol, sepertimana hari ini. Kita tidak tahu pemain mana yang masih trauma dan memerlukan masa untuk kembali pulihkan semangat, namun menungan panjang selepas perlawanan menunjukkan terdapat beberapa pemain yang mungkin sukar untuk move on seperti sediakala. Jika Liverpool memenangi sebarang piala, pastinya akan jadi tribut buat Diogo. Jika tidak memenangi piala, sudah tentu juga kerana emosi yang masih terganggu dengan pemergiannya. Musim ini bakal menjadi musim yang sukar. Mudah-mudahan pemergian Diogo Jota tidak menjadi kekangan, bahkan menjadi penyuntik semangat agar Liverpool terus menjadi juara. Namun itu lebih mudah diucapkan berbanding bahu para pemain yang terpaksa memikul. YNWA Diogo. #BeritadariAnfield #AnfieldMy #DiogoJota #Diogojota #DiogoJotaForever #diogojotaeterno #Forever20




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.