Pengumpul tegar jersi Liverpool, Liverpool Shirt Museum melaporkan bahawa terdapat jersi Liverpool yang belum dilancarkan terjual di Taiwan.
Selain itu terdapat juga beberapa ‘gambar bocor’ jersi-jersi Liverpool bagi musim 2025/26.
Kontrak Liverpool bersama Nike akan tamat pada 31 Julai 2025. Oleh itu sebarang pelancaran jersi hanya akan dibuat bermula 1 Ogos 2025.
Bagi pandangan admin, ‘kebocoran’ rekabentuk jersi ini sebenarnya adalah satu bentuk pemasaran moden kerana pihak penaja (adidas) tidak boleh melancarkan jersi tersebut secara rasmi.
Satu masa dulu, ‘bocor maklumat rekabentuk baru’ adalah benar-benar bocor, dan jersi yang dilancarkan biasanya tak adalah 100% sama. Sekarang ni apa yang dilihat di internet itu sebiji dengan apa yang akan dijual di kedai.
Amacam rekabentuk jersi baru?.. on ke tak on?
#beritadarianfield #anfieldmy
ON bosskur