Isteri Wayne Rooney Merupakan Penyokong Liverpool.

Di bandar Liverpool, adalah satu lumrah dalam satu rumah ada penyokong Liverpool dan ada penyokong Everton. Kadang-kadang bapak sokong Everton, anak sokong Liverpool. Atau abang sokong Liverpool, adik sokong Everton. Tapi siapa sangka, penyerang Everton dan Manchester United, Wayne Rooney, berkahwin dengan isteri yang berasal dari keluarga penyokong Liverpool FC. Ya, Coleen Rooney, yang Wayne kenal sejak berumur 12 tahun, adalah penyokong pasukan musuh ketat Everton dan Manchester United. Apabila Jurgen Klopp membawa kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2020, Coleen tersangat gembira dan telah menggantung bendera Liverpool di balkoni rumahnya. Bengang dengan tindakan tersebut, Wayne telah menyuruh isterinya menurunkan bendera tersebut. Apabila Coleen keluar, Wayne pun kunci isterinya kat luar. Suami dayus sungguh 🤭🤣 #beritadarianfield #AnfieldMy



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.