“Season lepas Liverpool leading jugak time ni. Lepas tu terciduk..”

– Mat-Mat Menaruh Harapan.

——————————————————-

Mari kita tengok situasi Season 2023/24 untuk mengetahui berasas atau tidak kenyataan itu dan adakah berkemungkinan hanya ayat penyedap hati.

– Liverpool memang mendahului EPL sehingga Januari 2024.

– Tapi, pengumuman Klopp mahu meninggalkan kelab di akhir musim telah mengejutkan semua dan beri kesan psikologi. Bermula dari pengumuman tersebut, prestasi mula merudum.

– Liverpool ketiadaan Salah dan Endo (tunggak no 6 dalam sistem Klopp) kerana AFCON dan Piala Asia sepanjang Januari.

– Krisis kecederaan yang memaksa Liverpool memainkan ramai pemain akademi. Hinggakan di final EFL Cup, separuh dari XI adalah pemain akademi.

– Pada Matchday 23 (minggu pertama Februari), Liverpool akhirnya dipintas oleh Man City. Dan setelah itu tidak berjaya memintas semula hingga akhir musim.

– Sekarang Liverpool sedang berada pada titik masa yang sama: 23 perlawanan (lawan lain 24). Apakah perbezaan antara 2023/24 dengan 2024/25?

– Pada titik masa ini di musim lalu, Liverpool bukan lagi mendahului liga sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan.

– Pada titik masa ini, Liverpool telah mula merudum sejak dari Januari. Beza dengan musim ini, kemeruduman (sekiranya bakal terjadi) masih belum bermula.

– Pada titik masa ini Liverpool masih dibelenggu krisis kecederaan. Beza dengan musim ini, masalah kecederaan agak kurang buat masa ini.

– Pasukan yang mengejar (dan akhirnya juara) adalah Man City. Banyak bezanya dengan pasukan yang mengejar musim ini.

Boleh dirumuskan bahawa keadaan adalah berbeza. Faktor-faktor berikut juga mungkin mempengaruhi:

– Ramai pemain yang meningkat prestasi berbanding musim lalu: Gravenverch, Gakpo, Szoboszlai, Jones dan Salah bagaikan dapat angin kedua.

– Sistem taktikal dan teknikal Slot yang berbeza. Kurangnya intensiti menyebabkan pemain kurang keletihan dan kurang terdedah kepada kecederaan. Statistik menarik: Liverpool berada di tangga 20 dalam Total Distance Covered. Pemain tidak berlari banyak dan pergerakan lebih efisyen. Total Sprints di tangga 11 yang membawa maksud pecutan yang boleh membawa risiko kecederaan otot juga di peringkat optima.

– Squad rotation. Bila kurang ada kecederaan, Slot boleh melakukan squad rotation dengan lebih berkesan. Ditambah pula dengan prestasi pemain yang meningkat, kualiti tidak banyak terjejas walaupun bukan pemain utama yang diturunkan.

Kesimpulan:

– 6 mata, 1 game in hand dengan 15 perlawanan berbaki adalah kedudukan yang kukuh, berbanding musim lalu.

– Bilangan perlawanan yang bertambah kurang akan mengurangkan kebarangkalian untuk dikejar.

– Prestasi dan reputasi pasukan yang mengejar juga kurang berbanding musim lalu.

– Team morale & psychological state yang berada di ekstrim berbeza berbanding musim lalu.

Dalam bolasepak, macam-macam boleh berlaku. Tapi, petandanya telah ada. Dan yang pasti, kata-kata Mat-Mat Menaruh Harapan di atas sudah kurang boleh digunapakai.

* ditunjukkan bukti carta setelah Matchday 23 EPL 2023/24.

#inikalilah
#FaktaBukanAuta


  • Aliboybossku Moh'd Noor 7 February 2025 at 9:38 pm

    Fokus pada satu game ke satu game yg lain… Semoga kemenangan menjadi milik LIVERPOOL… #YNWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.