Respon Steven Gerrard terhadap gol Llorente memang kelas!

Pengulas perlawanan TNT Sports menyatakan satu fakta yang memedihkan selepas penyerang Atletico Madrid, Marcos Llorente membuka jaringan di Anfield dalam perlawanan Liga Juara-juara pagi tadi.

Itu merupakan gol ke-5 beliau di Anfield dalam 3 perlawanan.

“Marcos Llorente memiliki sekor anjing bernama Anfield, kerana beliau kerap sekali jaringkan gol di Anfield..”

Pengulas bersama, Steven Gerrard, kemudian menambah:

“Kalau macam tu saya kena bagi nama anjing saya Goodison”, disusuli oleh ketawa besar pengulas bersama Ally McCoist.🤣

Tapi kan, itu hanyalah banter. Sebab sebenarnya Gerrard hanya score 2 gol je di Goodison Park sepanjang karier beliau 😂

Lagi 10 gol semuanya di Anfield.

Oh, korang tau tak anak Luis Suarez nama Delfina?
Itu memang lejen.
42 daripada 82 gol beliau untuk Liverpool dijaringkan di Anfield.

#AnfieldMy
#BeritaDariAnfield

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.