Di hari Jumaat yang mulia penghulu segala hari, selepas solat Jumaat, peminat Liverpool membaca berita baik di laman rasmi LFC apabila pihak kelab mengumumkan bahawa Mo Salah akan kekal di Liverpool musim hadapan.
Walaubagaimanapun, butiran rasmi kontrak masih belum diumumkan.
Laman media sosial kelab menunjukkan media promosi dengan menampilkan imej Salah di sebuah singgahsana di tengah-tengah padang Anfield, selain gambar wajib sambung kontrak menunjukkan beliau menandatangani sehelai kertas.
Hantaran pertama menunjukkan kerusi indah yang kosong, menghantar ribuan peminat ke tahap teruja. Diikuti oleh gambar Mo Salah duduk di kerusi tersebut dengan headline ‘More in than out’ bagi mencuit semula kenangan Mo Salah memberi temuramah terkenal ‘More out than in’.
Tema media promosi adalah ‘the story continues’ termasuk paparan di papan LED sambil Salah duduk di atasnya.
Semoga lepas ni Salah akan lebih fokus bagi memecahkan kebuntuan jaringan dan assist tanpa perlu pening kepala memikirkan drama kontrak ini lagi.
#Beritadarianfield #AnfieldMy