Man City 0 – Liverpool 2

Etihad
Liga Perdana Inggeris – perlawanan ke27/38 buat Liverpool

1. Liverpool kini dengan kelebihan 11 mata di puncak liga. Kalau berjaya kalahkan Newcastle lepas ni, boleh kata sebelah tangan dah pegang trofi

2. Liverpool menang kedua-dua perlawanan home dan away menentang Man City – tanpa bolos! Betapa jauhnya Man City ketinggalan musim ini. Liverpool yang lemau 2 perlawanan sebelum ini kembali menemui mojo dan rentak.

3. Mo Salah magikal. 27 perlawanan, 25 gol, 16 assists. Musim ini musim dia.

4. Antara persembahan terhebat Dominik Szoboszlai. Kita impikan lebih banyak penampilan seperti ini daripada dia. Gol, assist, lari tanpa henti.

5. Tamat era dominasi Man City. Pep pasti menyesal kenapa dia nak extend kontrak. Skuad dia goyang sana sini. Pemain teras semua dah berumur. Yang muda terlalu mentah. Yang baru beli macam tak capai standard. Jauh perjalanan. Kali akhir ketinggalan 20 mata adalah dengan Liverpool jua pada tahun 2020.

6. Man City turun takhta, begitu juga Trent dan Robbo. Persembahan mereka agak mengecewakan. Adakah faktor usia? Adakah faktor taktikal? Yang pasti era assists daripada pertahanan sudah kekeringan. Kalau attacking kurang, pertahanan bocor, apa lagi yang tinggal daripada mereka?

7. Possession Liverpool hanya 34%. Ya hanya 34%. Dapat 3 mata. Itu lebih penting daripada statistik. Winning without the ball.

8. Gol daripada corner, clean sheet. Jarang-jarang kita fapat kebelakangan ni.

Mood kita dah bertambah baik.. peminat semakin ceria.. semoga kita juara di akhir musim! Lesgo!

#beritadarianfield #anfieldmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.