Maka tamatlah perjalanan Lucho bersama Liverpool FC selama tiga setengah tahun.
Pemain Colombia tersebut telah menjulang 4 trofi sejak tiba dari FC Porto pada tahun 2022. Piala yang paking bermakna sudah tentulah Liga Perdana Inggeris pada Mei lalu.
Diaz memberikan impak besar terhadap permainan LFC menerusi kelajuan, gelecek, habtaran serta jaringan gol beliau.
Beliau menjaringkan 6 gol dan 4 assist dalam setengah musim pertama.
Beliau membantu pasukan mensasarkan 4 kejohanan, memasuki kesebelasan utama dalam kedua-dua final Carabao Cup dan Piala FA di Wembley. Kedua-duanya dimenangi menerusi penentuan sepakan penalti menewaskan Chelsea.
LFC menamantkan musim di tempat kedua dan tewas dalam final Liga Juara-juara terhadap Real Madrid.
Namun kecederaan menghadkan kepada hanya 21 penampilan semasa musim 2022-23.
Dalam 2 musim seterusnya, Lucho memakai jersi nombor 7 – diambil daripada James Milner – dan membuat 101 penampilan, menjaringkan 30 gol dan 10 assist.
Sekali lagi menjulang Piala Liga bersama Jurgen Klopp sebelum digantikan oleh Arne Slot.
Sering memulakan permainan di bahagian sayap, Diaz juga bermain sebagai penyerang tengah di bawah kendalian Arne Slot.
Beliau telah mencapai jaringan tertinggi semusim. Namun seringkali dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, beliau akhirnya memilih untuk mencuba nasib di Bundesliga pula.
His name is Lucho,
He came from Porto,
He came to score, came to score
Came to score, score, score
Luis Diaz!
He’s from Barrancas!
And he plays for Liverpool!
Muchas Gracias Luis Diaz!
#BeritaDariAnfield
#AnfieldMy