Laporan media menyatakan semasa jendela perindahan 2024, Liverpool dan Man City hampir melakukan swap deal yang pastinya menggemparkan kerana jarang-jarang dua rival kejuaraan melakukan bisnes antara satu sama lain.
Luis Diaz menyatakan kesediaan untuk berpindah, manakala Liverpool menyatakan minat untuk menggunakan khidmat Julian Alvarez yang tidak selesa menjadi pemain simpanan kepada Erling Haaland.
Walaubagaimanapun, Pep Guardiola menolak idea tersebut dan seterusnya menjual Alvarez ke Atletico Madrid.
Luis Diaz beruntung kerana kekal dan memulakan serta menamatkan musim dengan aksi cemerlang, membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris
Amacam gais, kalau korang kembali ke masa itu, korang setuju tak dengan swap deal macam ni?
#AnfieldMy
#beritadarianfield