* Suruhanjaya Bebas Premier League mendapati Manchester City bersalah atas semua pertuduhan kewangan berkaitan tempoh 2009/10 hingga 2017/18, serta 3 daripada 4 pertuduhan berkaitan kegagalan bekerjasama dengan siasatan Premier League.
* Suruhanjaya mendapati City menggunakan perjanjian komersial yang “sham” atau bersifat rekaan dengan beberapa penaja dan entiti lain. Menurut dapatan tersebut, sebahagian wang penajaan yang dilaporkan sebagai datang daripada rakan komersial sebenarnya dibiayai oleh Abu Dhabi United Group (ADUG), pemilik kelab.
* Pengaturan yang sama turut digunakan untuk menjadikan perbelanjaan City kelihatan lebih rendah daripada jumlah sebenar, termasuk melalui beberapa pengaturan berkaitan hak imej pemain.
* Suruhanjaya mendapati skim-skim tersebut telah meningkatkan hasil yang dilaporkan dan mengurangkan kos yang dilaporkan secara artifisial sebanyak lebih £900 juta sepanjang tempoh berkenaan.
* Akibatnya, Suruhanjaya mendapati City telah mengemukakan akaun yang tidak menggambarkan keadaan kewangan sebenar kelab, termasuk kepada juruaudit dan badan pengawal selia bola sepak.
* Jika kewangan tersebut dilaporkan dengan tepat, Suruhanjaya menyimpulkan bahawa City akan melanggar peraturan had perbelanjaan Premier League dan UEFA Financial Fair Play dengan jumlah yang sangat besar.
* Sepanjang siasatan Premier League yang berlangsung selama empat tahun, City juga didapati gagal memenuhi kewajipan untuk bekerjasama dan bertindak dengan niat baik. Suruhanjaya menyatakan bahawa kelab tersebut telah melakukan usaha berterusan untuk menghalang atau menggagalkan siasatan.
NOTA: inilah kehebatan sebenar Liverpool FC dan FSG yang orang tak nampak – mereka buat pelaburan sah, beli pemain harga berbaloi, jadi hebat tanpa tipu kewangan, selama ini itu lah kebanggan Jurgen Klopp tapi ramai tak boleh nak hadam
Ini adalah episod hitam dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Man City sewajarnya dikeluarkan dari saingan dan relegated, serta semua kejuaraan liga dibatalkan. Tidak ada cara lain.
#AnfieldMy