Virgil Van Dijk merupakan penjaring gol terakhir Liverpool sebelum pengumuman ini.
Jaringan gol kemenangan minit ke-89 di Anfield mengadap Kop End.
How fitting.
VVD ini bukan setakat lagenda Liverpool. Dia lagenda EPL.
Dia mendapat tempat kedua Anugerah Ballon d’Or di belakang Messi pada 2019.
Sudah tentu kerana undi terpecah-pecah antara dia, Mo Salah, dan Sadio Mane. Kalau undi tersebut 1 lawan 1 dengan Messi, dia pasti menang.
Dia merupakan kepingan jigsaw terakhir yang melengkapkan skuad Liverpool.
Dan tidak keterlaluan untuk disebut, tanpa VVD dan Mo Salah, Arne Slot mungkin tidak akan memenangi sebarang piala bersama Liverpool sekurang-kurangnya untuk 3 tahun.
Kejayaan kelab mengikat Mo Salah dan VVD untuk 2 tahun lagi akan memberikan Slot tempoh selama 2 tahun bagi merancang skuad tanpa mereka.
2 tahun itu tidak lama, namun ia juga bukan singkat.
Rancangan seterusnya bagi Richard Hughes, ikat Trent untuk 5 tahun lagi. Itu sunat.
Yang wajib, seimbangkan skuad. Jual yang sudah semakin mereput, dan beli pemain gantian berdasarkan kriteria yang dikehendaki oleh Slot.
Andai berjaya, Liverpool akan terus mendominasi muka belakang akhbar untuk 5 tahun.
#BeritadariAnfield #AnfieldMy