Jadual Penyampaian Trofi Liverpool FC di Anfield – 25 Mei 2025

🏟️ Lokasi: Anfield
📆 Tarikh: 25 Mei 2025

🕠 3.55 pm – persembahan mosaic di tempat duduk peminat dan lagu You’ll Never Walk Alone dinyanyikan
⚽️ 4.00 pm – Sepak Mula Liverpool FC vs Crystal Palace FC
5.50 pm – Anggaran wisel penamat
5.55 pm – Pemain masuk ke bilik persalinan
6.00 pm – pentas dan piala disediakan di tengah padang
6.05 pm – Kapten Virgil van Dijk akan mengetuai pasukan keluar dari bilik persalinan untuk upacara penyampaian trofi.

🥾 Kemungkinan: anugerah kasut emas akan disampaikan terlebih dahulu kepada Mohamed Salah
🖼️ Kemungkinan: penyampaian cenderahati kepada Trent Alexander-Arnold melainkan beliau dan pohak pengurusan risau backfire dan kena boo

6.15 pm – penyampaian pingat

🏅 Arne Slot dan barisan kejurulatihan dijadualkan akan diberikan pingat terlebih dahulu, diikuti oleh para pemain.

🏆 Alan Hansen – kapten terakhir Liverpool FC yang menjulang trofi di hadapan peminat pada tahun 1990 akan menyampaikan trofi kepada VVD.

🎉 (Diharapkan semasa menjulang trofi ni confetti akan berterbangan dan tak tersangkut macam masa Spurs julang trofi 🤣)

📸 Seterusnya setiap pemain akan mengambil peluang untuk bergambar dengan trofi secara individu dan ikut geng masing-masing (sama warganegara atau dengan kawan baik kat bilik persalinan)

Trofi tersebut akan dibawa mengelilingi padang untuk diperagakan ke 4 penjuru tempat duduk peminat. Dijangka mengambil masa selama 20 minit.

🥾 Peminat di Kop akan menyampaikan anugerah golden samba (kasut emas adidas) kepada pemain terbaik berdasarkan pilihan peminat

🎤 sesi temubual pemain dan jurulatih oleh media

🕢 sesi dijangka tamat pada 7.00 pm bersamaan 2 pagi waktu Malaysia.

🛌 peminat di Malaysia akan masuk tidur, dan bangun pagi esok sebagai juara 🥰

#beritadarianfield
#AnfieldMy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.