Media Britain melaporkan bahawa Jota terkorban dalam sebuah kereta Lamborghini Urus dengan sebahagian atau sepenuhnya berwarna hijau.
Beliau dilaporkan dalam perjalanan dari Portugal ke Santander, utara Sepanyol bagi menaiki feri ke United Kingdom. Latihan pra-musim Liverpool bermula pada Isnin ini.
Perjalanan dari Porto ke Santander kebiasaannya mengambil masa lebih daripada 6 jam.
Diogo tidak menaiki kapal terbang kerana dinasihatkan oleh doktor, kerana rawatan paru-paru yang baru sahaja dilaluinya.
Keretanya terbabas akibat tayar pecah berhampiran sebuah desa bernama Cernadilla yang dihuni oleh sekitar 100 orang. Lokasinya sekitar separuh perjalanan (3 jam daripada Porto).
Pemanduan di Sepanyol adalah di lorong sebelah kanan dan memotong di sebelah kiri. Kereta tersebut terbabas di sebelah lorong laju, di bahagian pembahagi jalan.
Bandar dan hospital forensik terdekat adalah Zamora. Isterinya Rute Cardoso telah dipanggil bagi mengecam mayat. Mungkin demikian antara sebab pengumuman kematiannya lewat dilaporkan kira-kira 7 jam selepas kemalangan.
Kemungkinan besar pihak pengurusan kelab Liverpool FC telah dilaporkan lebih awal sebelum pengumuman rasmi, namun sebarang pengumuman diletakkan embargo sehingga pengesahan rasmi oleh pihak berkuasa Sepanyol.
Pihak polis masih belum dapat memastikan siapa yang memandu ketika kemalangan.
Ketika ini mayat kedua-dua mangsa masih di Zamora sehinggalah pengesahan DNA dapat dimuktamadkan sebagaimana syarat undang-undang Sepanyol.
Isteri Diogo dan ahli keluarga yang lain dilihat saling menenangkan antara satu sama lain di luar bilik mayat di Zamora, Sepanyol.
😢💔ðŸ˜
#BeritaDariAnfield
#AnfieldMy
#DiogoJota
Fahmie Ramlan
Gila ah. Teruk eksiden sampai tak ada rupa kereta dah. Org dlm kereta tak tahu la rupa apa.
Dia nak balik Liverpool dah ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Dia akan di ingati sbg sbhgian sejarah moden Liverpool…his name is diogo..
#YNWA #OnceARedsAlwaysAReds