1. Berita dilaporkan oleh Marca! – akhbar Sepanyol. Kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 12.40 pagi waktu tempatan (7.40 pagi waktu Malaysia) – berita sudah lama untuk disahkan dan bukannya baru nak disahkan.
2. Kemalangan berlaku di berdekatan Zamora, sebuah bandar di Barat Laut Sepanyol.
3. Zamora terletak kira-kira 50km sahaja daripada sempadan Portugal.
4. Kemalangan berlaku di lebuhraya Autovía das Rías A-52
5. Diogo, 28 bersama adiknya Andre, 26
6. Tayar kereta Lamborghini dikatakan meletup ketika memotong, terbabas daripada lebuhraya dan terbakar.
7. Diogo baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Rute Cardoso pada 22 Jun 2025 yang lalu.
8. Nama sebenar Jota adalah Diogo José Teixeira da Silva. Jota bermaksud ‘huruf J’ dalam bahasa Portugis.
9. Adiknya André Silva merupakan pemain pasukan Penafiel di Liga Portugal 2.
10. Anak Diogo berjumlah 3 orang.
11. Ketika kejadian, mereka sedang menghala ke arah Benevante (menjauhi Portugal terletak di barat daripada Sepanyol)
12. Jota berpindah dari Wolverhampton Wanderers ke Liverpool Fc pada September 2020 dengan yuran perpindahan sebanyak £40 juta yang dibayar secara ansuran.
13. Diogo membuat penampilan sebanyak 123 kali untuk Liverpool, menjaringkan 47 gol.
14. Beliau memakai jersi nombor 20, dan berbangga dengan nombor itu kerana Liverpool menjuarai liga kali ke-20 pada April lalu.
15. Piala terakhir yang dijulang oleh Diogo adalah UEFA Nations League yang dimenangi bersama Portugal pada 9 Jun 2025 yang lalu.
16. Beliau masuk pada minit ke-105 masa tambahan dan bermain selama 15 minit sebelum Portugal menang menerusi sepakan penalti.
17. Itulah penampilan terakhir beliau di atas padang.
18. Penampilan terakhir bagi Liverpool Fc pula adalah pada hari terakhir Liga (seri 1-1 dengan Crystal Palace di Anfield)
19. Diogo masuk menggantikan Ibrahima Konate pada minit ke-62 dalam usaha Slot mencari gol penyamaan.
20. Diogo Jota.
#BeritaDariAnfield #AnfieldMy
Harap liverpool simpan no 20 (xde siapa yg pakai masa akan dtg) tu untuk jota smpai bila2
diogoal jota . kaki kiri kanan kepala hiduppp buat goll
Nazrul Al Kuantany
Hilang sudah permata berharga.