Anfield, Goodison Park, dan stadium baru Everton dalam 1 gambar.

Malam ini merupakan Merseyside Derby terakhir berlangsung di Goodison Park, kerana Everton FC bakal berpindah ke stadium baru pada musim hadapan. Jarak Anfield dan Goodison Park hanya 983 meter, namun selepas ini jarak akan berubah menjadi 3 km. Situasi awkward akan berlaku kerana stadium Liverpool FC berada di daerah Everton, manakala Everton pula bermain di bandar Liverpool, di sebelah Sungai Mersey. Sejarah panjang perseteruan dua kelab bermula apabila Everton FC mula-mula bermain di Anfield pada 1884. Namun pemilik Anfield yang juga merupakan ahli kelab Everton, John Houlding mengenakan sewa yang mahal menyebabkan Everton berpindah ke Goodison Park. Houlding dituduh mengambil kesempatan membuat kekayaan daripada kelab sedangkan beliau sepatutnya menyokong kelab dengan memberi sewa yang murah. Selain itu Houlding juga cuba merampas kelab tersebut namun tidak dipersetujui oleh FA England. Akhirnya Houlding tubuhkan Liverpool FC dengan warna merah. Sejak itu permusuhan antara dua kelab ini sentiasa marak menyala. #anfieldmy #beritadarianfield


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.