6 Mei 2015, saya singgah di stadium tercantik di England ketika itu, AMEX Stadiu

6 Mei 2015, saya singgah di stadium tercantik di England ketika itu, AMEX Stadium di Brighton. 4 hari sebelum itu pasukan Brighton & Hove Albion baru sahaja menamatkan kempen di tempat ke-20 Liga Championship. Pengurus mereka Sami Hyppia dipecat 5 bulan sebelum dan pemain utama mereka Joao Carlos Texeira dipinjam dari pasukan Liverpool yang menjaringkan 6 gol. Penjaring tertinggi mereka musim itu dengan 7 gol merupakan seorang pemain pertahanan bernama Lewis Dunk yang kini bolehlah dikira sebagai lagenda kelab kerana menjadi ketua pasukan dan telah berada di Brighton selama 15 tahun. Sejak gambar ini diambil, nasib pasukan ini berubah. Mei 2016 mereka tamatkan musim di kedudukan ke-3 Liga. Pada Mei 2017 mereka layak ke Liga Perdana Inggeris setelah mendapat tempat ke-2 dalam Liga Championship. Sejak daripada itu mereka telah kalahkan Manchester United sebanyak 6 kali dalam liga. Bukan selalu nasib pasukan berubah lepas saya bergambar depan stadium mereka 😆.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.