Anfield.my

Catatan Steward Sambilan

Liverpool Tandatangani Bradley Barcola.

Bradley Barcola, 23 tahun, telah tiba di Anfield dari Paris St Germain selepas satu episod saga perpindahan yang panjang. Liverpool FC begitu komited untuk membelanjakan £106 juta untuk beliau, di samping beberapa syarat bonus tambahan yang boleh melonjakkan harga beliau ke £123 juta. Barcola dilaporkan tidak mahu berpindah ke mana-mana kelab lain selain Liverpool, dan atas sebab itu PSG mengalami kesukaran untuk melakukan negosiasi akibat kekurangan persaingan. Barcola hadir dengan reputasi besar selepas membantu PSG menjuarai Liga Juara-juara Eropah sebanyak dua kali berturut-turut, di samping hatrik kejuaraan Ligue 1. Dengan sempurnanya perpindahan ini, Liverpool berjaya mendapatkan sasaran no.1 dalam jendela perpindahan kali ini. Bagaimana anda mahu rate perpindahan ini antara 1-10? Tinggalkan ulasan anda di bawah. #AnfieldMy #BeritaDariAnfield





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.